Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Lelaki Bunuh & Makan Mayat Warga Emas, Dakwa Boleh Sembuhkan Otaknya

Seorang lelaki telah didawa atas tuduhan membunuh dan kanibalisme selepas dia dilaporkan membakar anggota badan seorang lelaki berusia 70 tahun menggunakan ketuhar.

Memetik laporan The Sun, suspek yang berusia 39 tahun itu mendakwa bahawa memakan mayat mangsa akan menyembuhkan otaknya.

Timbalan Pejabat Syerif Daerah Bonner mengesahkan kejadian itu selepas mereka menemui cebisan mayat mangsa di Clark Fork, Idaho, AS.

Semasa menggeledah di tempat kejadian, mereka terkejut apabila menemui ketuhar gelombang mikro dan mangkuk kaca yang berisi darah serta beg sandang dan pisau yang berlumuran darah.

“Apabila berhadapan dengan kematian dan pembunuhan beramai-ramai, ia mengejutkan hati nurani kami.

“Setahu saya, ini adalah tuduhan kanibalisme pertama di Idaho,” katanya.

Dalam pada itu, mangsa juga didapati berada dalam keadaan terbalik di tempat duduk penumpang trak miliknya dengan pergelangan tangan diikat dengan pita.

Suspek difahamkan telah menyerah kepada pihak berkuasa beberapa hari selepas kejadian. Dia juga akan menghadapi perbicaraan pada 28 Disember nanti dan telah dihantar ke Program Perubatan Keselamatan Idaho untuk penilaian lanjut.

Menurut Badan Perundangan Idaho, kanibalisme boleh dihukum di negeri tersebut dengan hukuman penjara sehingga 14 tahun.

Sumber: The Sun

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.