Siakap Keli
Twitter: @ZakuwanAwang

“Dalam Itu Bukan Oven,” Isu Bawa Keluar Kotak Oven Dari Mydin, Wanita Ini Jelaskan Hal Sebenar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular di media sosial sebelum ini dipercayai membawa kotak ketuhar dari sebuah pasar raya sehingga dikecam orang ramai, seorang wanita tampil menjelaskan perkara sebenar.

Hal ini mula tular selepas satu video dimuat naik di media sosial yang memaparkan seorang lelaki membawa keluar sebuah kotak ketuhar bersama seorang wanita dari sebuah pasar raya.

Menerusi satu video berdurasi satu minit 16 saat yang dikongsikan di laman Twitter oleh @ZakuwanAwang, wanita tersebut menjelaskan bahawa kotak ketuhar berkenaan digunakan untuk mengisi makanan yang ingin dibawa pulang.

“Kalau saya ambil, saya nak buat apa dekat rumah dan anak dah lapar sebab tiga hari tidak makan,” katanya.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan telah meminta maaf kerana telah membuat orang ramai salah sangka dengan tindakannya.

Sumber: Twitter

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.