Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa jumlah kes COVID-19 hari ini menunjukkan penurunan dengan 2,778 kes berbanding semalam, iaitu 3,160 kes.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini turut meningkat kepada 2,741,179 kes setakat ini.
Dalam pada itu, jumlah kes sembuh dan kematian terbaharu akan dimaklumkan dalam laporan selanjutnya.
Pada 26 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,778 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,741,179 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 26, 2021
Sumber: Noor Hisham Abdullah