Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

Status Aras Air Sungai Pahang Di Lubuk Paku Masih Di Paras Bahaya Dengan Tren Menurun

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sebentar tadi telah memaklumkan mengenai status aras air di lembangan Sungai Pahang di tiga daerah.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Twitter, aras air Sungai Kundang di Jambatan Sg. Kundang dan Sg. Pahang di Lubuk Paku, daerah Maran berada dalam keadaan bahaya.

Manakala air Sungai  Bera di Jambatan Sg. Bera, daerah Bera berada pada paras AMARAN dengan tren MENURUN. Manakala aras air Sg.Pahang di paloh Inai, daerah Pekan masih berada pada paras AMARAN dengan tren MENURUN.

Susulan itu, penduduk dinasihatkan agar bersiap sedia dan sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.