Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Hujan Lebat Dan Ribut Petir Dijangka Landa Beberapa Kawasan Termasuk Jelebu Dan Hulu Langat Hingga Petang

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa kawasan sehingga 6 petang ini.

Amaran itu dikeluarkan pada pukul 2:30 petang tadi menunjukkan terdapat 7 negeri dan beberapa kawasan dijangka dilanda ribut petir.

Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah:

  • Perak: Batang Padang dan Muallim
  • Selangor: Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang
  • WP Kuala Lumpur
  • WP Putrajaya 
  • Negeri Sembilan: Jelebu
  • Sarawak: Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Limbang
  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod)

Sumber: MetMalaysia

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.