Siakap Keli
Kredit: BBC News

Spider-Man: No Way Home Menjadi Filem Era Pandemik Pertama Mencecah Kutipan $1 Bilion

Filem Spider-Man: No Way Home telah menjadi filem era pandemik pertama yang berjaya menghasilkan lebih daripada $1 bilion (£750m) di box office global. Filem ini sekaligus meraih gelaran filem dengan kutipan tertinggi pada 2021.

Ia menewaskan epik Perang Korea buatan China, The Battle of Lake Changjin, yang telah mengaut lebih $905 juta di seluruh dunia.

Filem terakhir yang memperoleh kutipan lebih daripada $1 bilion ialah Star Wars: The Rise of Skywalker 2019, menurut firma analisis data media Comscore.

Tiada produksi Hollywood lain yang hampir mencapai pencapaian box office itu sejak wabak Covid-19 mula menyerna dunia pada dua tahun lalu.

Pada hujung minggu ini, kutipan box office global untuk filem Marvel Cinematic Universe terbaharu itu telah mencecah $1.05bn.

Kerjasama antara Sony dan Disney’s Marvel Studios dalam mengeluarkan filem ini telah berjaya mencapai kejayaannya kurang daripada dua minggu selepas tayangan perdana meskipun berdepan varian Omicron wabak Covid-19 yang telah merebak dengan sangat cepat ke seluruh dunia.

Filem ini belum dikeluarkan di China, yang kini merupakan pasaran pawagam terbesar di dunia. Spider-Man: No Way Home menyaksikan Tom Holland kembali sebagai Spiderman ketiga bernama Peter Parker bersama MJ Zendaya dan Benedict Cumberbatch sebagai ahli sihir Doctor Strange.

Francais 2019 telah menawarkan Spider-Man: Far From Home sebagai filem Spider-Man pertama yang mencecah kutipan $1 bilion di box office dan kini merupakan filem dengan kutipan tertinggi dalam francais dengan $1.132 bilion dalam jualan tiket global, menurut Comscore .

Filem terbaru tersebut merupakan sambungan daripada filem Spiderman: Far From Home, di mana Mysterio yang merupakan neorang penjahat telah mendldahkan identiti Peter Parker sebagai Spiderman sebelum dia mati.

Pada tahun 2015, Disney, Marvel Studios dan Sony telah bersetuju untuk berkongsi hak filem Spider-Man, yang membawa kepada tarikan baharu watak itu yang diperkenalkan dan disepadukan ke dalam Marvel Cinematic Universe.

Sumber: BBC News

Akhmar Ikmal