Siakap Keli
Kredit: Utusan Malaysia

Tanah Runtuh Ketika Hujan Lebat, 128 Penuntut UIA Dipindahkan

Seramai 128 orang penuntut lelaki di kolej kediaman Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dipindahkan ekoran tanah runtuh berhampiran bangunan tersebut, malam tadi.

Pemantauan telah dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lokasi kejadian kira-kira jam 9 malam.

Menurut Ketua Pusat Gerakan JBPM Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku pada jam 6:45 petang semasa hujan lebat.

Susulan kejadian itu, UIA mengarahkan kesemua penghuni yang membabitkan seramai 128 penuntut lelaki untuk mengosongkan kediaman tersebut.

“Selepas pemantauan dibuat, tiada kesan rekahan dikesan pada dinding atau lantai bangunan berkenaan”, katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, ada juga berlaku mendapan pada sebuah jalan di universiti itu dengan anggaran keluasan lima meter persegi dan berkedalaman kira-kira tiga meter.

“Pihak pengurusan UIA turut bertindak menutup kawasan terbabit dengan meletakkan kon dan sawar-sawar.

“Malah, pihak terbabit turut menghubungi konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut”, jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.