Beberapa kawasan di sekitar Kajang dilanda banjir akibat hujan lebat pada petang Isnin. Antara kawasan yang terjejas ialah di kawasan Apartmen Glen Court, Bandar Sungai Long dan di Jalan Semenyih, Rumah Murah Taman Lembah Mewah, Kajang.
Situasi sewaktu kejadian dikongsikan menerusi beberapa rakaman video yang tular di media sosial. Terdapat kenderaan yang dilihat terkandas dalam banjir selain keadaan air sungai mengalir deras dan hampir melimpah ke jalan.
Baca: (Video) Hujan Lebat Berterusan, Air Dilaporkan Naik Di Sekitar Kajang
Setakat semalam, banjir di kawasan terjejas dilaporkan sudah surut dan tiada sebarang mangsa yang dipindahkan.
Memetik laporan Bernama TV, proses penyedutan lumpur dan sampah-sampah di longkang kini sedang giat dijalankan dibantu pelbagai pihak termasuklah Angkatan Tentera Malaysia, Bomba, SWCorp, Alam Flora dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Semua lumpur dan sampah dikaut menggunakan jentera Vac-all Alam Flora berdasarkan sedutan video di bawah.
Proses penyedutan lumpur dan sampah-sampah di longkang dengan menggunakan jentera Vac-all Alam Flora di Hulu Langat, Selangor sedang giat dilaksanakan pelbagai pihak antaranya Angkatan Tentera Malaysia, Bomba, SWCorp, Alam Flora dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) pic.twitter.com/SxKFhZuDwS
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) December 28, 2021
Sumber: Twitter Bernama TV