Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Belumpun banjir Selangor pulih sepenuhnya, kini kawasan Kajang pula dilaporkan sedang dinaiki air. Menerusi beberapa perkongsian orang awam di media sosial, kelihatan air banjir mula memenuhi jalan-jalan raya di sekitar Kajang berikutan hujan lebat yang berterusan hari ini.
Antara kawasan yang terkesan dipercayai di Jalan Semenyih dan kawasan Bukit Mewah.
Tinjaun di ruangan Twitter mendapati ‘Kajang’ menjadi trending di Twitter ketika ini dengan 9,000 ciapan warganet yang berkongsi video dan keadaan semasa di Kawasan tersebut.
”Kajang pulak banjir”


Sementara itu, memetik laporan Bernama, keadaan banjir yang berlaku di kawasan perumahan di Jalan Semenyih, Kajang dipercayai berpunca daripada saliran air tersumbat.
Setakat ini, Bomba Selangor melaporkan keadaan masih terkawal dan air mulai surut bagi kawasan-kawasan yang terjejas.
Sumber: Twitter, Facebook, Bernama