Siakap Keli
Gambar: FB Arnia Madu Kelulut

Kenapa Ragu-ragu Nak ‘Bermadu’ Kalau Boleh ‘Bermadu’ Tanpa Rasa Ragu-ragu? Ini Pesanan Untuk Anda

Bila sebut tentang madu ni kan, mungkin ada yang tiba-tiba ‘naik darah’. Yelah, madu ni topik yang sensitif bagi sesetengah orang. Walaupun madu itu ‘manis’, ada juga yang menelan rasa pahit apabila bermadu.

Tapi macam mana kalau kami katakan, ada madu yang pasti disukai semua dan madu ini boleh membawa kebahagian dalam rumah tangga? Buat abang-abang di luar sana, percayalah, madu ini satu-satunya madu yang buat abang-abang semua berhajat nak bermadu tanpa perlu rasa ragu-ragu.

Silap-silap, orang rumah hari-hari mintak abang-abang bawa balik madu tau.

“Abang, bawa balik madu lagi satu”. Tak ke ‘happy’ si suami kalau isteri buat permintaan macam tu? Tapi, madu apa tu?

Terkenal dengan pelbagai khasiat, madu yang kami nak kongsikan dengan anda semua ini adalah ARNIA Madu Kelulut. Lain dari yang lain tau, sebab selalunya bila sebut pasal madu, yang kita ingat cuma madu lebah je.

Okay, sebelum kita borak mengenai kebaikan madu kelulut ni, ada baiknya kalau kita kenal-kenal dulu apa itu madu kelulut dan apa bezanya dengan madu lebah.

Superfood Pertama Malaysia

Menurut perkongsian yang pernah dibuat oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, madu kelulut telah diiktiraf sebagai Superfood Pertama Malaysia. Fuhhhh, bukan biasa-biasa ni.

Superfood ini ringkasnya adalah makanan yang kaya dengan antioksidan, antibakteria, vitamin & mineral selain kandungan kalorinya rendah yang dapat meningkatkan imuniti tubuh badan.

Memetik kenyataan dari blog MARDI, madu kelulut mempunyai 4 hingga 10 kali ganda antioksidan berbanding madu lebah yang lain.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arnia Official (@arniamadukelulut)

 

Malah ia juga mengandungi asid fenolik yang sangat-sangat memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Kandungan gula dalam madu kelulut iaitu fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa adalah lebih rendah berbanding madu biasa.

Satu fakta menarik mengenai madu kelulut adalah ia dihasilkan oleh kelulut yang bersaiz lebih kecil berbanding lebah madu biasa. Disebabkan itu, kuantiti madu yang dihasilkan oleh kelulut juga adalah lebih rendah berbanding madu lebah biasa sehinggakan ia sukar didapati dalam pasaran.

Jadi, kalau sukar nak didapati, macam mana nak beli madu kelulut ni? Dah, korang jangan pening dan susah hati, sebab ARNIA Madu Kelulut kan ada. Meh sini, kami kongsikan macam mana korang nak dapatkan ARNIA Madu Kelulut, tapi sebelum tu jom baca apa yang best mengenai ARNIA Madu Kelulut ni terlebih dahulu.

ARNIA Madu Kelulut, madu yang ‘membahagiakan’ semua

ARNIA Madu Kelulut adalah keluaran Pharmaniaga Naturals iaitu salah satu divisyen di bawah Pharmaniaga Berhad merupakan jenama madu terbaik yang korang boleh dapatkan ketika ini di Malaysia.

Kenapa? Kami senaraikan kat bawah ni.

1. 100 peratus daripada madu kelulut asli

Ya, bila korang beli ARNIA Madu Kelulut, korang dah tak perlu pening kepala lagi nak fikir sama ada madu kelulut ini asli atau tidak, sebabnya ia memang diperbuat daripada 100 peratus madu kelulut asli selain mendapat pengiktirafan Sijil Halal.

Malah, kualiti ARNIA Madu Kelulut ini juga dijamin sendiri oleh Pharmaniaga Naturals kerana ia melalui proses yang sangat ketat untuk memastikan keaslian dan ketulenan terjamin untuk semua pengguna. Jadi, jangan ragu-ragu ketika nak beli dan gunalah tanpa was-was okay.

2. Mengandungi Trehalulose

Selain mempunyai nutrisi yang tinggi seperti serta mengandungi antioksidan, antimikrobial, vitamin & mineral, ARNIA Madu Kelulut juga mempunyai Trehalulose atau gula semulajadi yang rendah glisemik ini.

Apa yang bestnya pasal Trehalulose ni? Bila korang mengamalkan ARNIA Madu Kelulut yang mengandungi Trehalulose ini, ia dapat memperlahan kenaikkan paras gula dalam darah dan sesuai untuk korang yang amat mementingkan kesihatan.

Jadi, memang sesuai sangat-sangat untuk korang yang risau dengan pengambilan gula.

3. Kandungan air rendah dalam ARNIA Madu Kelulut

Keunikan Madu Kelulut, ia memang mengandungi air tapi untuk ARNIA Madu Kelulut, ia hanya mengandungi air kurang daripada 22 peratus sekali gus menepati Standard Malaysia MS2683 iaitu spesifikasi untuk Madu Kelulut.

Disebabkan itu, ARNIA Madu Kelulut lebih pekat dan likat, ia mudah disimpan serta rasanya lebih sedap berbanding jenama-jenama lain.

4. Bersifat antioksidan dan antimikrob

Sesuai dengan gelaran superfood, ARNIA Madu Kelulut juga bersifat antioksidan dan antimikrob.

Kalau korang nak tahu, antioksidan dan antimikrob ni penting untuk menguatkan imuniti tubuh badan. Jadi, tak ada la mudah sangat korang kena penyakit apa-apa selepas mengamalkan ARNIA Madu Kelulut secara konsisten.

5. Bukan tiruan, tapi produk semula jadi

Macam yang kami cakap sebelum ini, ARNIA Madu Kelulut menggunakan 100 peratus madu kelulut asli sebab ia melalui proses yang sangat ketat untuk menjamin ketulenan dan keaslian madu tersebut. Jadi tak perlu risau, ARNIA Madu Kelulut adalah produk semula jadi yang tidak ditambah apa-apa.

Lagi pula, ARNIA Madu Kelulut ini dikeluarkan oleh Pharmaniaga Naturals iaitu syarikat neutraseutikal yang bernaung dibawah Pharmaniaga Berhad, kumpulan farmaseutikal bersepadu terbesar dan paling dipercayai di Malaysia.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arnia Official (@arniamadukelulut)

 

Memang tak dapat dinafikan lagi ARNIA Madu Kelulut ni sebenarnya adalah produk seisi keluarga yang sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja. Muda atau sudah berusia, sesuai untuk semua seawal umur 1 tahun.

Selain guna untuk keluarga sendiri, korang juga boleh beli sebagai hadiah untuk mak ayah di kampung tau. Sama-sama sihat sama-sama jaga kesihatan, kan best macam tu.

Hati dah teringin ni, nak beli kat mana?

Senang je, korang boleh dapatkan ARNIA Madu Kelulut ni kat Shopee, LAZADA, PG Mall, MyAEON, Royale Pharma, Aeon Supermarket yang terpilih, 64 cawangan Aeon Wellness seluruh negara dan farmasi-farmasi yang terpilih. Selain itu, korang juga boleh beli di laman web ARNIA Madu Kelulut.

Korang juga boleh mengikuti Facebook dan Instagram ARNIA Madu Kelulut untuk maklumat lanjut dan info lanjut mengenai produk.

Jangan lupa beli tau. Tak beli rugi. Ingat Madu Kelulut, ingat Arnia, madu tanpa ragu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.