Siakap Keli

Sentuhan Kasih MAIWP – Misi Bantuan Banjir 2.0

27 Dis – Prihatin dengan situasi semasa dan selaras dengan titah Kebawah Duli Yang  Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Agong agar setiap agensi segera menghulurkan  bantuan kepada mangsa banjir, MAIWP telah menyalurkan bantuan awal sebanyak  RM2.25 juta kepada mangsa-mangsa musibah banjir di Wilayah Persekutuan.  

Bantuan ini disalurkan melalui Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Bantuan Banjir  1.0 yang telah diadakan bermula 23 Disember sehingga 26 Disember di beberapa  lokasi Pusat Penempatan Mangsa Banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini adalah merupakan inisiatif bersama Keluarga MAIWP dengan penglibatan  Majlis Agama Islam Negeri dan Lembaga Zakat Negeri yang bersama-sama  menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  khususnya dan luar Wilayah Persekutuan umumnya. Bantuan disalurkan kepada  mangsa banjir menerusi penglibatan Persatuan Penduduk dengan dibantu sukarelawan  yang terdiri daripada pelajar institusi MAIWP sendiri. Secara keseluruhannya sebanyak  RM1.4 Juta telah disalurkan menerusi Program ini. 

Menerusi program ini, barangan untuk kelangsungan hidup seperti barangan  kebersihan diri, ubat-ubatan, keperluan mencuci rumah, peralatan elektrik dan  keperluan asas lain seperti bantal, selimut, tuala wanita, pelitup muka, telekung dan  sebagainya serta bantuan kewangan telah diagihkan kepada mangsa banjir.  

Berdasarkan situasi dan keadaan terkini banjir yang melanda negara, atas dasar  keprihatinan dan kebersamaan membantu mangsa-mangsa banjir, telah  memperuntukkan bantuan tambahan sebanyak RM35 juta menerusi dana zakat untuk  diagihkan dalam Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Bantuan Banjir 2.0.  

Di bawah Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Banjir 2.0 ini, MAIWP akan  menyalurkan bantuan seperti berikut:

  • Bantuan Mangsa Banjir Luar Wilayah Persekutuan sebanyak RM10.0 Juta  kepada Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terengganu; b. Bantuan Perubatan Secara Klinik Bergerak sebanyak RM3.0 Juta c. Bantuan Membina Semula Rumah sebanyak RM3.5 Juta
  • Bantuan Membaik Pulih Rumah sebanyak RM7.0 Juta
  • Bantuan Membaik Pulih Masjid dan Surau sebanyak RM1.0 juta
  • Bantuan Membaik Pulih Maahad Tahfiz ,Sekolah Rendah Agama dan Tadika  sebanyak RM1.0 Juta
  • Bantuan Peralatan Sekolah dan Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM1.0 Juta h. Bantuan Moratorium Kenderaan sebanyak RM3.0 juta
  • Bantuan Baik Pulih Kenderaan sebanyak RM3.0 juta
  • Bantuan Tunai (one-off) kepada mangsa banjir sebanyak RM2.0 juta k. Bantuan Menyelenggara Pendawaian Elektrik sebanyak RM500,000.00

Dikesempatan ini juga, MAIWP ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan  ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk Majlis Agama Islam Negeri -Negeri  yang tampil bersama-sama MAIWP dalam membantu mangsa banjir di Wilayah  Persekutuan. Semangat Keluarga Malaysia yang dipamerkan ini jelas menunjukkan  kebersamaan semua Agensi Islam di seluruh Malaysia.

Dikesempatan ini juga, MAIWP ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan  ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk Majlis Agama Islam Negeri -Negeri  yang tampil bersama-sama MAIWP dalam membantu mangsa banjir di Wilayah  Persekutuan. Semangat Keluarga Malaysia yang dipamerkan ini jelas menunjukkan  kebersamaan semua Agensi Islam di seluruh Malaysia. 

Kemampuan untuk menyediakan peruntukan yang besar berjaya dilaksanakan oleh  MAIWP adalah hasil daripada komitmen para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.  Oleh itu, MAIWP merakamkan setinggi-tinggi rasa penghargaan kepada semua  pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP kerana dengan zakat anda,  MAIWP mampu melaksanakan amanah membantu mereka yang memerlukan.  Diingatkan juga kini kita telah sampai ke penghujung tahun 2021, oleh itu bersihkanlah  rezeki kita dengan bersama-sama MAIWP menunaikan tanggungjawab berzakat  tersebut di www.zakat.com.my ataupun menerusi aplikasi MyZakat bagi membantu  lebih ramai yang memerlukan. 

Masyarakat juga disarankan untuk menjadi mata atau telinga dengan membantu  melaporkan kesusahan di sekeliling kita kepada MAIWP. Laporan boleh dibuat  menerusi aplikasi telefon pintar Mobil Jejak Asnaf (MoJA) bagi memudahkan Skuad  Jejak Asnaf Baitulmal dan MAIWP turun padang membantu mereka. 

Unit Komunikasi Korporat  

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 

27 Disember 2021 

Siti Fatimah