Alangkah bahagianya melihat pasangan warga emas yang masih setia hingga hujung usia, kan? Hampir semua orang mengimpikan hubungan yang berkekalan. Namun, ia bukanlah perkara yang mudah. Bagi mendapatkan perkahwinan yang bahagia, ia memerlukan persefahaman antara dua insan di mana ia merupakan proses yang berpanjangan.
Seorang kaunselor rumahtangga dari Oregon, Jeff Guenther telah berkongsi 12 soalan yang dikatakan penting untuk diketahui jawapannya dalam sesebuah perhubungan.
Katanya seperti dipetik Daily Mail, soalan tersebut adalah perkara asas yang perlu dibincangkan sesama pasangan seawal tempoh enam bulan perhubungan.
Berikut adalah soalan-soalan dikongsikan Jeff Guenther;
1. Apakah perkara yang menyebabkan pasangan ketawa atau menangis?
2. Apakah minat pasangan?
3. Bagaimana keluarga pasangan memberi kesan terhadap perkembangannya?
4. Apakah perkara yang menyebabkan pasangan marah?
5. Adakah pasangan mempunyai kepercayaan rohani dan bagaimana ia mempengaruhi keputusan pasangan dalam kehidupan?
6. Apakah detik atau kejadian yang membentuk pasangan?
7. Apakah yang paling penting buat pasangan?
8. Apakah maksud kejayaan bagi mereka?
9. Sokongan bagaimanakah yang diperlukan ketika mereka sedih atau tertekan?
10. Apakah yang paling mereka banggakan tentang diri sendiri?
11. Apakah perkara yang boleh membuatkan mereka terus gembira?
12. Bagaimana mereka ‘mengecas’ atau mengubati emosi mereka?
Jelas Jeff, kemampuan menjawab sembilan daripada 12 soalan itu adalah petanda yang baik. Video perkongsian tersebut telah mendapat lebih 10 juta tontonan dan 1.3 juta tanda suka di laman TikTok.
“Jika anda tak tahu jawapannya, jangan risau. Hanya tanya antara satu sama lain. Sebagai kaunselor perhubungan, saya rasa ini merupakan perkara asas dalam membina sesuatu perhubungan,” ujarnya seperti ditulis Daily Mail.
@therapyjeff 12 things you should already know about your partner 6 months into a relationship. #therapy #relationshiptips #love #dating #relationshipadvice
Sumber: Daily Mail, Jeff Guenther