Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) Pengawal Keselamatan Disambar Petir Ketika Mencari Rezeki, Badan Seolah Keluar Percikan Api

Seorang pengawal keselamatan dipercayai di Jakarta Timur disambar petir sebelum jatuh dan tidak sedarkan diri, lapor Kompas.

Menurut portal tersebut, rakaman detik kejadian yang menimpa mangsa berusia 35 tahun pada Jumaat lalu itu telah tular di media sosial.

Menerusi video tular, kelihatan mangsa sedang berjalan sambil memegang payung dalam hujan sebelum tiba-tiba disambar petir, menyebabkan percikan api.

Tambah portal itu, mangsa kemudiannya jatuh dan tidak sedarkan diri. Dia kemudiannya diselamatkan rakan setugas yang berada di tempat kejadian.

Memetik pihak polis tempatan, mangsa telah dirawat selama empat hari di hospital dan kini dilaporkan sihat.

Sumber: Kompas.com

Amira

Love yourself.