Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan di lapan (8) negeri melibatkan kawasan utara, pantai timur, selatan Semenanjung serta Sabah, sepanjang hari ini.
Menurut laporan MetMalaysia, empat (4) negeri dijangka mengalami hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya iaitu Kelantan di kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Terengganu di Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, Pahang di Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.
Selain itu, MET Malaysia turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (buruk) membabitkan empat kawasan lain di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.
Di Kelantan, kawasan yang dijangka terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, manakala Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera, serta Johor di Segamat dan Kluang.
Dalam masa yang sama, Amaran Hujan Berterusan (waspada) sehingga Sabtu ini turut melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah di kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, Perak di Hulu Perak, Pahang di Raub dan Bentong serta Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Manakala Amaran Hujan Berterusan (waspada) sehingga Ahad pula melibatkan beberapa daerah di Sabah iaitu kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Oleh itu, semua penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat cuaca terkini.
#amaranhujanberterusan#metmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/q46hKXEt6A
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 30, 2021