Siakap Keli

Duduk Rumah Pun Ada ‘Interaction’, Doktor Ini Jelaskan Sebabnya Dan Fungsi ‘MySejahtera Trace’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai pengguna MySejahtera yang telah mengaktifkan ciri ‘Mysejahtera Trace’ mendapat notifikasi ‘interaction’ walaupun belum ke luar ke mana-mana.

Seperti seorang pengguna laman Twitter telah berkongsi berkenaan MySejahtera orang tuanya mendapat notifikasi pengesanan ‘kontak rapat’ walaupun belum ke mana-mana.

Sehubungan dengan itu, Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisi Kebangsaan (CPRC), Dr Mahesh Appanan telah menjelaskan dengan terperinci tentang perkara yang berlaku melalui laman Twitter peribadinya.

Biar saya jelaskan 3 perkara yang mungkin anda persoalkan:

1. Mengapa ada “interaction” walaupun saya duduk di rumah sahaja?

Disebabkan signal bluetooth boleh dikesan hingga 10m. Mungkin telefon anda sedang mengesan jiran (termasuk di tingkat atas / bawah / unit sebelah di pangsapuri).

Namun, ini tidak bermaksud anda terus menjadi “casual contact” kerana algorithm mengambil kira kekuatan signal. Ini juga sebab jumlah “interaction” mungkin berbeza antara anda dan suami/keluarga walaupun keluar sama-sama.

Ia bergantung pada banyak faktor yang boleh menghalang signal (badan, alat lain, kunci elektronik, etc) serta faktor seperti kedudukan telefon, contohnya sama ada dipegang atau berada di dalam poket.

Rakyat di Singapura pernah tanya soalan yang sama. Ini terus dari laman sesawang Trace Together.

2. Adakah MySJ Trace mendedahkan data saya bila ada “interaction”? Langsung tidak.

Data disimpan di telefon anda sahaja. Jika Covid+, anda akan diminta utk muat naik sejarah 14 hari supaya notifikasi dihantar kepada orang yang dikira kontak. Ini memerlukan “explicit consent”.

Jika anda tidak menjadi Covid+, data anda tidak akan dimuatnaik (dipadamkan lepas 14 hari).

Dan jika Covid+ pun, jika kebenaran tidak diberi, data “interaction” yang disimpan di telefon anda tidak akan dimuatnaik. Ini kaedah sama yang dipakai di negara seperti UK dan Singapura.

Penjelasan ini adalah salah sepenuhnya.

Tidak ada apa-apa “handshake” atau pertukaran maklumat apabila “interaction” direkodkan. Ia boleh diumpamakan dengan radio – anda mendengar radio tidak bermaksud pihak penyiar mendapat data anda.

3. Mengapa masih perlu check-in dengan scan QR?

Seperti yang dimaklumkan, sistem MySJ Trace mementingkan aspek keperibadian maklumat. Ia tidak memerlukan apa-apa usaha pengguna kecuali aktifkan MySJ Trace.

Namun, bukan semua orang yang akan guna sistem ini. Oleh itu, pihak KKM juga memerlukan data untuk melakukan pengesanan kontak secara pantas, terutamanya jika melibatkan potensi kluster besar.

Untuk contoh, boleh lihat ciapan ini (KLIK SINI) bagi pengesanan kontak yang dilakukan untuk kes Omicron yang pertama.

Gabungan MySJ Trace dan check-in membolehkan pengesanan kontak secara automatik (dengan cara yang memastikan keperibadian data), di samping menjana data yang kritikal untuk pasukan kesihatan awam di KKM.

Kami di KKM amat syorkan anda guna MySJ Trace.

• MySJ trace: Algorithm berdasarkan waktu dan juga jarak (kekuatan signal bluetooth)
• Check-In: Algorithm berdasarkan waktu sahaja.

Tetap menjadi pilihan anda sama ada nak guna. Di fasa endemik, “self-regulation” diutamakan.

Satu tambahan, bagi mereka yang berminat:

“Parameter” yang diguna untuk mengklasifikasi orang sebagai kontak sentiasa diperhalusi supaya ketepatannya setinggi mungkin. Contoh, dengan varian Omikron yang pantas menular, mungkin masa pendedahan akan disingkatkan dan jarak dibesarkan.

Kebanyakan jawapan yang saya beri di atas sudah pun terkandung dalam FAQ – anda boleh melihatnya dari link di MySJ anda.

 

Sumber: Dr Mahesh Appannan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.