Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

Lionel Messi Disahkan Positif Covid-19

Pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi adalah salah seorang daripada empat pemain Paris Saint-Germain (PSG) yang telah diuji positif Covid-19, kata kelab itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tiga pemain lain ialah Juan Bernat, Sergio Rico dan Nathan Bitumazala.

“Semua pemain telah diasingkan dan tertakluk kepada protokol kesihatan yang sesuai,” kata pasukan itu.

PSG dijadualkan menentang Vannes dalam pusingan 32 Piala Perancis pada hari Isnin. Beberapa kelab eropah lain juga turut sedang dilanda jangkitan Covid-19 terutama di Liga Perdana Inggeris melibatkan kelab antaranya Arsenal dan Liverpool.

Terbaharu, Arteta selaku pengurus Arsenal terlepas untuk berada di tepi padang ketika menentang Manchester City semalam apabila beliau disahkan positif dan Jurgen Klopp juga disahkan akan terlepas perlawanan menentenag Chelsea tengah malam ini kerapa disyaki positif virus berkenaan.

Sumber: CNN

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.