Siakap Keli
Gambar: MetMalaysia

TERKINI: Gempa Bumi ‘Gegar’ Yunnan, China Sebentar Tadi

Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Yunnan, China pada 3:02 petang tadi

Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 27.8 utara dan 100.6 timur, kira-kira 335 kilometer (km) timur laut dari Baoshan, China.

Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 64 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nadhirah