Kampung tradisi Melayu, Kg Morten terancam banjir apabila paras Sungai Melaka semakin meningkat.
Berdasarkan perkongsian orang ramai di media sosial, kelihatan air semakin menghampiri tebing dan nyaris melimpah. Malah, kawasan perumahan berhampiran juga dilihat sudahpun digenangi air.
Difahamkan menurut Bernama, jumlah mangsa banjir di Melaka semakin meningkat pada hari ini, menjadikan jumlah 1,225 mangsa daripada 313 keluarga.
“Seramai 682 mangsa daripada 186 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Alor Gajah, manakala 493 mangsa daripada 117 keluarga ditempatkan di enam PPS di Melaka Tengah serta 50 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di dua PPS di Jasin,” katanya
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra seperti dilapor Bernama.
Sumber: Facebook, Bernama