Siakap Keli
Kredit: CPR Kids

Bahaya, Tular Foto Cadar Terbakar Dari Wayar Pengecas, Boleh Jadi Punca Kebakaran

Meletakkan telefon yang sedang dicas di atas katil merupakan tindakan yang berbahaya kerana ia berpotensi menyebabkan kebakaran.

Berdasarkan perkongsian Daily Star, memetik kiriman daripada laman CPR Kids, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengikut panduan pengilang ketika mengecas telefon mereka.

Dalam beberapa gambar dikongsikan, kelihatan kabel pengecas telefon pintar yang terletak di atas tilam terbakar sehingga meninggalkan kesan pada objek tersebut.

Kredit: CPR Kids

“Pastikan anak anda tidak mengecas peralatan elektronik di atas katil. Ajar mereka untuk mengikut panduan pengilang,” tulis laman berkenaan.

“Cas telefon di atas permukaan rata, jauh daripada bahan yang mudah terbakar. Pastikan tiada bendasing di dalam plug atau penghubung dan jauhi aksesori murah.”

Kredit: CPR Kids

Sementara itu, orang ramai turut diingatkan agar memastikan kabel dalam keadaan baik dan membuang kabel yang menunjukkan tanda koyakan.

“Kabel yang rosak dan mengecas dalam keadaan tidak selamat boleh menyebabkan risiko renjatan elektrik dan kebakaran. Pastikan kabel jauh daripada capaian kanak-kanak,” tambah CPR Kids.

Kredit: CPR Kids

Sumber: Daily Star

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.