Dua kawasan di Terengganu dijangka dilanda banjir bermula esok, demikian amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman rasmi Public Info Banjir.
Menurut badan berkenaan, banjir dijangka melibatkan Sungai Besut dan Sungai Keruak di daerah Besut.
Kawasan dijangka terkesan adalah Kampung Keruak dan Kampung Beraoh serta lokasi berhampiran.
Lantaran itu, semua penduduk di kawasan tersebut diminta berwaspada. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman rasmi Public Info Banjir atau melalui media sosial Twitter dan Facebook badan berkenaan.
Sumber: Public Info Banjir