Siakap Keli

(Video) Detik Mendebarkan Bomba Selamatkan ‘Rider’ Berpaut Pada Pokok Setelah Hanyut Dibawa Arus Deras

Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang hanyut akibat arus deras dalam kejadian di Bukit Sengit Pogoh, Segamat, lapor Bernama TV.

Menurut agensi itu, mangsa telah berpaut pada pokok selepas hanyut ketika cuba merentasi jalan yang sedang dinaiki air.

Menerusi video dimuatnaik, kelihatan anggota bomba dibantu orang awam menggunakan tali merentasi arus air bagi menyelamatkan individu berkenaan.

Sementara itu, memetik laman rasmi Public Info Banjir, aras air dua sungai di Segamat dilaporkan berada pada tahap bahaya iaitu Sg Lenik di Ladang Chaah dan Sg Segamat di Bandar Segamat.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.