Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 5:05 petang tadi mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia hingga jam 8 malam ini.
Menurut makluman terkini di laman web rasmi MetMalaysia, amaran tersebut dijangka sehingga 9 malam ini. Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di seluruh kawasan di Melaka, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
Beralih ke negeri Kedah pula, antara kawasan yang dijangka terlibat adalah Bandar Baharu dan Kulim. Manakala di negeri Pahang, melibatkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Lipis dan Raub. Selain itu, di Negeri Sembilan pula membabitkan kawasan di Jelebu, Jempol, Rembau dan Tampin.
Bagi negeri Johor pula melibatkan kawasan di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru. Manakala di Perak, melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Selain itu, di Selangor melibatkan kawasan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang. Manakala di Sarawak pula, melibatkan kawasan Kuching (Kuching) dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya). Di Sabah, hanya melibatkan kawasan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud).
Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/wMpchOrDdu
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 4, 2022
Sumber: MetMalaysia