Ekoran hujan lebat yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia sejak dua minggu yang lalu, terdapat beberapa kawasan yang telah musnah akibat banjir.
Begitu juga dengan salah sebuah pusat rekreasi di Selangor ini.
Menerusi perkongsian melalui akaun rasmi Facebook Bernama, Pusat Rekreasi Air Terjun Sungai Gabai Hulu Langat kini musnah selepas dua minggu dilanda banjir di kebanyakan kawasan di sekitar Hulu Langat Selangor.
Seperti yang dikongsikan, gambar-gambar kawasan berkenaan jelas menunjukkan bahawa landskap sekitarnya telah musnah dan tidak seperti dahulunya lagi.
Pusat Rekreasi Air Terjun Sungai Gabai, yang dahulunya menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri kini tidak selamat untuk dikunjungi.
Sumber: FB Bernama