Seorang lelaki berusia 28 tahun dilaporkan maut setelah cuba melompat melepasi lawang putar di sebuah stesen keretapi bawah tanah di Queens, Ahad lalu.
Menurut Huffpost, rakaman CCTV menunjukkan lelaki tersebut cuba melompat palang, namun kakinya tersangkut sebelum jatuh tersembam ke atas lantai.
Lantaran itu, dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tambah portal tersebut, kebiasaannya individu yang melompat melintasi lawang berkenaan ingin mengelak daripada membayar tambang bernilai $2.75 (kira-kira RM 11.50). Pun begitu, ada masanya penumpang melompat lawang yang tersangkut atau tidak berfungsi.
Sumber: Huffpost