Siakap Keli

Suami Lapor Polis, Terkejut Besar Dapat Tahu Isteri Berselingkuh Dalam Rumah Dengan 2 Lelaki Serentak

Tular di media sosial berkenaan seorang isteri yang curang dengan dua lelaki sekaligus. Kisah itu diperoleh daripada perkongsian akaun Instagram bernama @penajamterkini_net.

Dari keterangan yang ditulis oleh admin, wanita yang bernama SD itu berumur 48 tahun. Kegiatannya itu terbongkar ketika warga setempat menyerbu rumahnya yang berada di Sungai Nilo, Desa Nilo Dingin, Indonesia pada Isnin lalu (27/12/2021).

Pada ketika itu, dia dilaporkan sedang bersama dua lelaki yang disyaki mempunyai hubungan suli dengannya. Mereka adalah PN yang berumur 46 tahun dan YD berumur 62 tahun.

Daripada kenyataan bertulis itu juga, Ketua Polis Lembah Masurai, IPTU Sitepu melalui Unit Siasatan Jenayah AIPDA Adi Arianyo menjelaskan, ketiga-tiga pelaku belum sempat melakukan hubungan intim kita rumah tersebut diserbu.

“Hal ini berdasarkan kenyataan para pelaku ketika siasatan polis dijalankan. Ketiga-tiga mereka mengakui bahawa mereka baru sahaja hendak melakukan hubungan intim namun diserbu penduduk setempat.

“Adi kemudiannya menjelaskan bahawa serbuan itu tidak dilakukan dengan melampaui batas,” jelasnya.

Kemudian, ketiga-tiga mereka ditahan secara baik-baik sahaja. Sementara itu, ketika pihak polis tiba untuk menahan mereka, polis turut menyelongkar rumah berkenaan atas laporan suami SD yang bernama HM dan berumur 47 tahun. Menurut suaminya itu, dirinya adalah merupakan mangsa dalam kes kecurangan tersebut.

“Ketika itu, HM yang merupakan suami sah SD sedang tidak berada di rumah. Dia hanya tiba selepas dihubungi penduduk yang melakukan serbuan itu. Dia (suami) sendiri yang melaporkan perkara itu kepada pihak polis,” jelasnya.

Kapsyen itu seterusnya menyatakan bahawa selepas maklumat daripada penduduk diperoleh, polis segera bergegas bagi menahan pelaku. Mereka kemudiannya dibawa terus ke Ibu Pejabat Polis Lembah Masurai. Ketiga-tiga mereka diminta beri keterangan untuk siasatan lanjut.

“Daripada hasil soal siasat polis, memang benar ketiga-tiga pelaku itu pernah menjalinkan hubungan intim. SD mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan sulit itu kerana sudah tidak bernafsu terhadap suaminya lagi.

“Wanita itu kemudiannya turut mengakui bahawa telah menjalin hubungan sulit bersama PN selama 3,5 tahun. Hubungan itu berlaku sejak dari tahun 2016 dan telah melakukan hubungan intim sebanyak 11 kali,” katanya.

Sumber: suarakaltim.id

Aqmal Ezany

I write what is right