Bakethem.by.shazlin, mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak. Sebuah syarikat F&B yang mula dilahirkan secara kecil-kecilan pada 2014 bermula dengan hanya mengproduksi creampuff . Oleh kerana masih dalam pembelajaran, Syazlin Zubir, 26 tahun, melakukan penjualan creampuff secara on-off sahaja.
Namun pada tahun 2018, Syazlin Zubir mula berkecimpung dalam dunia business secara serius di kawasan kampungnya dengan memproduksi creampuff dan juga viatnamesse roll yang merupakan signature perniagaannya, dalam masa yang sama beliau menjaga arwah adiknya. Adiknya, Iqbal Zubir meninggal pada tahun 2019. Meskipun separuh nyawanya telah pergi, beliau tetap cekal meneruskan usahanya.
Pada tahun 2020, beliau mengembangkan lagi sayap perniagaannya dengan beroperasi di kota raya, Kuala Lumpur. Meskipun lahir dalam keadaan pandemik Covid-19 dan lockdown, sedikit pun tidak mematahkan semangat wanita hebat ini untuk terbang dan berkembang. Menurutnya, di waktu pandemik dan lockdown, sales beliau mencecah 60k hingga 70k sebulan.
Namun, benarlah kata orang-orang lama, tidak selamanya di atas dan tak selamanya di bawah. Ujian Tuhan pada hamba yang dia sayang akan sentiasa ada. Namun pada tahun 2020, beliau disahkan menghidap penyakit eczema. Langsung tak mematahkan semangat, beliau tetap meneruskan usahanya sehingga November 2021.
Benar kata orang ‘malang tidak berbau’, penyakit beliau tidak sembuh malah makin serius. Menerusi akaun instagram rasmi syarikat beliau bakedthem.by.shazlin, Syazlin mengumumkan bahawa beliau tidak akan lagi meneruskan operasi jualan atas nasihat dermatologist.
Hal ini pastinya membuatkan pelanggan-pelanggan beliau sedih terutama penggemar viatnamesse roll air tangan beliau, yang lagi sedih semestinya pengasas itu sendiri, bukan senang nak terbang tinggi. Semoga Syazlin Zubir terus tabah dan sabar menempuh ujian Tuhan ini dan cepat sihat seperti sedia kala.

Sumber: Facebook Aleen Zubir