Siakap Keli

Kecewa Isteri Curang, Suami Terpaksa Buat Lafaz Takliq, ”Lagi Sekali Awak Tidur Dengan Dia, Jatuh Talaq 3”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua orang pastinya mengharapkan rumah tangga yang dibina bahagia dan indah untuk selama-lamanya, namun tidak semuanya berlaku seperti yang diimpikan. Ada sesetengah orang yang diuji dengan pelbagai dugaan termasuk pasangan yang bertindak curang.

Mungkin sukar untuk dipercayai tetapi ia sememangnya realiti yang dilalui oleh kebanyakan pasangan pada masa kini dan menjadi salah satu punca utama perceraian.

Seperti yang dikongsikan oleh peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra, menerusi kiriman di Facebook miliknya mengenai kes seorang lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak tiga selepas mengetahui bahawa isterinya sudah terlanjur dengan orang ketiga.

Ikuti perkongsian Nur Fatihah di bawah ini.

“Lagi sekali awak tidur dengan dia, jatuh talaq 3.”
Lafaz takliq dibuat pada penghujung Disember, 2021.

Isteri diketahui menjalinkan hubungan sulit dengan seorang Penjawat Awam sejak awal tahun 2021. Rentetan PKP, semua rahsia terbongkar dari teks mesej sampailah gambar dan video.

Apabila ditanya sejauh mana serius hubungan dengan lelaki berstatus bujang tersebut, isteri tenang menjawab, “Sudah dua kali terlanjur sebelum ni.”

Bila ditanya sekarang nak apa, kita nak berpisah bawa hala tujuan masing-masing atau perbaiki kelemahan masing-masing, isteri membuat akur janji untuk berubah demi anak-anak yang semuanya berusia bawah 11 tahun.

Kenapa buat macam ni?

Isteri beri alasan suami terlalu sibuk, takda masa dengar luahan dan cuba faham keadaan isteri.

Terakhir, hujung Disember, 2021 punca suami lakukan lafaz takliq adalah kerana suami tangkap isteri keluar dengan lelaki tersebut di PD. Bersaksikan anak-anak, dan lelaki tersebut sendiri.

Isteri tunduk faham, sepatah sahaja menjawab mendengar takliq yang dibuat. “Ok.”

Semalam, 02/1/2022,
Isteri hantar teks mesej melalui WhatsApp, “Abang, saya minta maaf. Saya bukan isteri awak lagi. Saya dan dia sudah terlanjur 1/1/2022 haritu. Kita uruskanlah apa yang patut.”

Semua benda pun orang buat main sekarang ni.

Lain kali, berpisahlah dahulu secara baik, baru buat hubungan lain. Professional dan berbudi bahasalah sedikit dengan hati dan perasaan orang lain. Tapi tulah, bila kita dah tawar hati, nak sedih atau hampa pun dah takda.. Kita follow the flow sahaja sebenarnya.

“Saya dah takda perasaan kecewa atau sedih sebenarnya..sebab since first time dia bagitau dia dah terlanjur, saya tahu dia akan buat lagi. I’m well prepared. Saya tak nak anak-anak hilang ibu sahaja selama ni sebab tu saya stay.”

Sedikit info, kes-kes melibatkan takliq ataupun lafaz talak di luar Mahkamah ini perlu menjalani suatu pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah.

Dalam kes ini, apabila isteri mengaku sudah berzina dengan lelaki lain menyebabkan talaq jatuh, ia perlu menjalani siasatan penuh di hadapan Qodhie untuk direkodkan keesahan jatuhnya talaq tersebut ataupun sebaliknya.

Sumber: Nur Fatihah Azzahra

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.