Siakap Keli

Dua Jam Menyorok Atas Siling, Suami Tikam Isteri & Skandalnya Ketika Leka Bersetubuh

Seorang peniaga pakaian yang dilaporkan berjaya membongkar kegiatan isterinya berasmara dengan lelaki lain di rumahnya sendiri telah bertindak nekad menikam kedua-duanya sekali menggunakan sebilah pisau pemotong daging.

Lelaki yang berumur 38 tahun itu difahamkan selalu berniaga di Kutai Barat, namun tinggal di Tenggarong. Dia dilaporkan jarang pulang ke rumah dan selalu menghabiskan masanya berniaga di Kutai Barat, Indonesia.

Pun begitu, semasa dia pulang, dia telah terhidu sesuatu yang mencurigakan terhadap isterinya. Menurut keterangan dari suspek, dia mendapati bahawa isterinya itu asyik bermain dengan telefon bimbit sebelum kejadian tersebut berlaku.

Ketika suspek meminta untuk melihat telefon bimbitnya, si isteri bertindak enggan menunaikan permintaannya itu. Suspek terus berasa curiga bahawa isterinya itu mungkin berhubungan sulit dengan lelaki lain.

Bagi membuktikannya, suspek nekad melakukan penyiasatan secara rahsia. Dia telah berpura-pura untuk keluar bekerja ke Kutai Barat dan menyatakan bahawa dia akan menginap di sana.

Pun begitu, dia telah masuk ke rumahnya itu kembali melalui pintu belakang dan seterusnya naik ke atas siling tanpa diketahui oleh isterinya.

Dia kemudiannya telah menunggu dan bersembunyi di situ sehingga dua jam. Kecurigaan terhadap isterinya itu akhirnya terbukti apabila dia mendapati bahawa terdapat lelaki lain yang telah masuk ke rumahnya.

Tak hanya itu, dia juga telah menyaksikan isterinya itu sendiri turut melakukan hubungan intim bersama dengan lelaki tersebut.

Tidak taham melihat adegan panas isterinya bersama dengan lelaki lain di dalam bilik mereka, dia telah bertindak turun dan memecahkan pintu bilik tidur berkenaan.

“Sebelum memecahkan pintu, dia sempat mengambil pisau pemotong daging di dapur,” jelas Ketua Polis Daerah Tenggarong, IPTU Nursan seperti dipetik daripada akaun Instagram @andreli_48.

Selepas pintu dibuka, dia dilaporkan menghayunkan pisau tersebut ke arah lelaki yang dalam keadaan telanjang sehingga berlemuran darah. Tak terhenti di situ, dia juga dilaporkan turut menghanyunkan pisau tersebut dan menetak isterinya sendiri.

“Teman lelaki isterinya mengalami luka terbuka pada bahagian pinggang dan lengan kiri, manakala keadaan isterinya tidak diketahu,” tulis akaun tersebut.

Sejurus selepas kejadian itu, suspek terus menyerahkan dirinya kepada pihak polis.

BACA: Kenapa Ragu-ragu Nak ‘Bermadu’ Kalau Boleh ‘Bermadu’ Tanpa Rasa Ragu-ragu? Ini Pesanan Untuk Anda

Sumber: suara.com

Aqmal Ezany

I write what is right