Banjir besar yang berlaku di beberapa negeri baru-baru ini sememangnya memberikan pelbagai dugaan ujian terhadap mangsa-mangsa banjir. Pun begitu, banjir sebegini bukanlah kali pertama terjadi, tapi telah berlaku pada tahun 1971.
Pada waktu itu, banjir besar berlaku ekoran hujan lebat yang turun secara berterusan selama seminggu sehingga air air ke permukaan darat. M
Mengimbau kisah 51 tahun lalu, banjir berkenaan memaksa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein mengisytiharkan darurat bencana manakala kira-kira 180,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke lokasi selamat.
Dalam kejadian itu, jalan raya dan rel kereta api turut tidak dapat diakses ekoran arus deras yang menenggelamkan kawasan-kawasan berkenaan. Di Kuala Lumpur, air Sungai Kelang melimpah sehingga menenggelamkan beberapa kawasan seperti Dataran Merdeka, Petaling, Abdullah Hukum hinggalah ke Kerinci.
Seramai 40,000 mangsa telah dicatatkan di negeri Pahang, 17,000 di Johor, 14,000 di Selangor, diikuti negeri-negeri lain iaitu Perak, Kelantan, Terengganu dan Melaka.

Dalam peristiwa itu, difahamkan, sebanyak 60 peratus kawasan di Kuala Lumpur telah ditenggelami air.
Berdasarkan laporan, banjir berkenaan telah menyebabkan kerugian sekitar RM85 juta selain mengorbankan puluhan nyawa.
Memetik Awani, kerajaan pada waktu itu telah menubuhkan Markas Darurat Banjir bagi menguruskan kerja-kerja memantau dan menyalurkan bantuan kepada mangsa. Sebanyak RM11 juta telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut.
Sumber: Banjir Besar 1971, Awani