Siakap Keli
Gambar via Oddity Central

Wajah Jadi Cacat & Hampir Buta, Wanita Tetap Kahwini Bekas Kekasih Yang Pernah Simbah Asid Ke Wajahnya

Seorang wanita berusia 20 tahun di Turki menimbulkan  perdebatan orang ramai apabila berkahwin dengan bekas kekasihnya yang menyimbah asid pada wajah, tulis Oddity Central.

Menurut portal itu, wanita tersebut telah berkahwin dengan bekas teman lelaki, 23, yang melemparkan asid pada wajahnya dua tahun lalu selepas mereka memutuskan hubungan. Akibatnya, wajah wanita tersebut telah berubah menjadi cacat dan hampir buta sebelah mata.

Difahamkan, serangan itu dilakukan selepas lelaki tersebut memutuskan jika dia tidak boleh mendapatkan wanita itu, tiada lelaki lain boleh mendapatkannya.

Selepas terselamat daripada serangan itu, wanita berkenaan telah membuat laporan polis, menyebabkan bekas kekasihnya ditahan.

Pun begitu, setelah suspek meminta maaf dan meluahkan rasa cinta kepadanya, wanita itu akhirnya menarik balik laporan.

“Saya tak selesa dia dipenjara. Kami ada berutus surat antara satu sama lain. Saya telah menyerahkan diri saya kepadanya. Saya sangat sayangkan dia, dia sangat sayangkan saya,” ujarnya.

Sebaik dibebaskan, lelaki itu telah melamar wanita berkenaan dan mereka terus merancang untuk berkahwin, tulis Oddity Central. Mereka akhirnya berkahwin tanpa pengetahuan bapanya pada awal Disember yang lalu.

“Dia berkahwin tanpa pengetahuan kami. Saya berjuang untuknya bertahun-tahun, sekarang semuanya sia-sia,” ujar bapa wanita itu.

Sumber: Oddity Central

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.