Siakap Keli
Gambar: @BanginTweets_

(Video) Kelaku Budak Jadi Bidan, Tolong Tarik Kaki Anak Kambing Dari Ibu Nak Beranak Bikin Ramai Terhibur

Satu video yang memaparkan aksi menakjubkan seorang kanak-kanak perempuan jadi bidan untuk menyambut kelahiran seekor bayi betina di sebuah ladang telah menjadi tular di media sosial.

Kanak-kanak yang lengkap dengan kasut but berwarna merah jambut itu dapat dilihat dengan penuh usaha dan tenaga menarik kaki bayi kambing berkenaan keluar daripada perut ibunya.

Pertolongan yang dihulurkan oleh kanak-kanak itu telah memudahkan proses kelahiran yang dilalui oleh ibu kambing berkenaan.

Selepas beberapa tarikan, dapat dilihat bahawa bayi kambing itu berjaya dikeluarkan dari perut ibunya.

Usai dapat dikeluarkan, kanak-kanak itu sempat membersihkan muka bayi kambing tersebut sebelum diserahkan kepada ibu kambing berkenaan.

Jika dapat dilihat di dalam video itu, ibu kambing tersebut telah selamat melahirkan dua bayinya sebelum kanak-kanak itu berjaya mengeluarkan anaknya yang ketiga.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 29 ribu kali.

Sumber: @BanginTweets_

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.