Siakap Keli
Gambar: terangmedia

(Video) Muak Tunggu Jalan Raya Rosak Tak Dibaiki, Penduduk Nekad Tanam Padi Atas Jalan Sebagai Tanda Protes

Gara-gara sudah muak tunggu jalan raya yang rosak teruk tidak dibaiki, sejumlah penduduk di Dusun Sumberejo, Desa Glundengan, daerah Wuluhan, Indonesia telah bertindak menanam padi pada jalan tersebut sebagai tanda protes ke atas pihak berwajib.

Video tindakan penduduk tersebut menanam padi itu lantas menjadi tular selepas ianya dikongsikan di media sosial.

Dalam video itu, dapat dilihat terdapat beberapa orang yang sedang tekun menanam padi, sementara beberapa orang yang lain dilihat sedang berdiri menyaksikan tindakan protes tersebut.

Ada juga yang dilihat turut menanam pokok pisang pada jalan itu. Perakam video berkenaan sempat meminta pandangan daripada pemandu kenderaan yang menggunakan jalan tersebut.

Beberapa pengguna jalan raya memberikan pandangan yang menyokong tindakan penduduk menanam padi tersebut.

Perakam video itu turut bertanyakan kepada penduduk yang menanam padi berkenaan adakah mereka kerap membayar cukai. Penduduk tersebut lantas menjawab bahawa mereka sering membayar cukai. Justeru daripada itu, mereka menuntut agar jalan tersebut segera diperbaiki.

Ketua Polis Wuluhan AKP Solekhan Arif mengesahkan tindakan protes yang dilakukan penduduk tersebut. Menurutnya, penduduk itu melakukan tindakan tersebut bagi menuntut supaya jalan berkenaan dibaik pulih dengan segera.

“Ianya dilakukan sebagai bentuk protes daripada penduduk akibat jalan itu rosak teruk,” kata Arif.

Bagaimanapun, sambung Arif, pihaknya telah menasihatkan kepada penduduk supaya tidak mengambil tindakan yang boleh mengganggu keselamatan dan keselesaan penduduk lain. Ianya kerana, hampir separuh jalan itu ditanam dengan padi.

“Alhamdulillah, setelah kami memberikan nasihat, akhirnya penduduk itu membersihkan tanaman padi yang ditanam di atas jalan tersebut,” ujar Arif.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terang Media (@terangmedia)

 

Sumber: detik news

Aqmal Ezany

I write what is right