Siakap Keli

Kami Menyokong Kepimpinan Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Bin Baki – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengeluarkan memorandum terhadap sokongan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial SPRM hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, SPRM menegaskan pendirian mereka menyokong pimpinan di bawah Azam Baki dan menganggap spekulasi yang beredar terhadap beliau sekadar bertujuan menjatuhkan imej SPRM.

“Kami mewakili seluruh warga SPRM menyatakan pendirian kami menyokong kepimpinan Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Kami berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.

“Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama,” jelas kenyataan tersebut.

Sumber: SPRM

Eyla Azri