Siakap Keli
Kredit: Google

Kenapa Sesetengah SUV Ada Cermin Ini Pada Cermin Belakang? Rupanya Ini Sebabnya

Asyik memerhati kenderaan di jalan raya, anda terpandang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV). Ada satu ciri yang terdapat pada kenderaan tersebut, namun tidak pada kereta anda dan sesetengah SUV lain iaitu cermin pada cermin belakang.

Cermin yang sama juga dilihat wujud pada sesetengah kenderaan yang tinggi seperti van. Apakah fungsi cermin tersebut?

Memetik jawapan daripada laman Quora, cermin tersebut berfungsi untuk meluaskan pandangan pemandu di bahagian belakang kenderaan. Kongsi Parth Patel, siswazah pengajian kejuruteraan automobil di Lalbhai Dalpatbhai College of Engineering di India, kebanyakan kenderaan SUV adalah tinggi.

Justeru, pemandu sukar melihat penghalang yang lebih rendah ketika mengundurkan kenderaan. Penggunaan cermin tersebut adalah bagi membantu pemandu melihat sekiranya terdapat objek pada belakang kenderaan termasuk lubang atau kerosakan jalan semasa mengundur.

Gambar: Quora
Gambar: Quora

Namun, dengan adanya kamera undur, cermin tersebut semakin jarang dilihat pada masa kini.

Sumber: Quora

Amira

Love yourself.