Siakap Keli

Memberi Harapan Dan Dorongan Kepada Gadis Yang Mengalami Kemiskinan Haid

Kuala Lumpur, Malaysia, 10 Januari 2022 – Kempen “Kebersihan Menstruasi Adalah Hak  Wanita” yang dilancarkan pada November 2021, menyeru agar rakyat Malaysia memberikan  sokongan dan sumbangan yang kecil tetapi bermakna kepada kempen tersebut yang diadakan  sehingga Januari 2022. Gerakan ini adalah hasil usaha bersama antara KAO Laurier Malaysia,  Yayasan Perintis Malaysia (MyPerintis) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai  langkah untuk merapatkan jurang kemiskinan haid dalam kalangan mahasiswi yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.  

“Kami percaya rakyat Malaysia menganggap kemiskinan haid sebagai satu aspek keperluan  kritikal dan ingin memainkan peranan untuk mencari jalan penyelesaian. Kempen ini diilhamkan  daripada falsafah gaya hidup Kirei, KAO Laurier dan misi kami untuk menjadikan hidup ini lebih  indah buat semua. Gaya hidup Kirei adalah berlandaskan belas kasihan, seperti yang dilihat  daripada keprihatinan dan usaha kami menyantuni golongan B40 di universiti-universiti tempatan. Sebab itulah kami melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, dan bukan apa yang mudah untuk  dilakukan. Kami memanfaatkan daya inovasi dan imaginasi untuk memperkaya kehidupan insan  di seluruh dunia agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup Kirei,” jelas Timbalan Presiden  Kao Laurier Malaysia, Tan Poh Ling. 

“Selain menyumbang untuk membantu memenuhi keperluan wanita muda daripada golongan  B40 di institusi pengajian tinggi, kami berhasrat untuk menggiatkan perbincangan tentang  kemiskinan haid yang akan mendorong usaha menyelesaikan isu ini di Malaysia. Kami berharap rakyat Malaysia akan bersama kami dalam inisiatif ini. Mereka boleh turut serta dengan membeli tuala wanita setiap bulan dan pada masa yang sama membantu gadis muda Malaysia daripada golongan B40,” tambah Tan. 

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, “Kemiskinan haid perlu ditangani dalam  usaha kita meringankan beban sosioekonomi gadis dan wanita yang memerlukan. Kerjasama  awam-swasta antara KAO Laurier Malaysia, MyPerintis dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)  menunjukkan bahawa semua pihak boleh memainkan peranan untuk menangani cabaran yang  timbul akibat kemiskinan haid. Walaupun usaha menyelesaikan isu berbilang aspek ini akan  mengambil masa yang panjang, kami percaya menerusi kerjasama erat, kita mampu mencapai  penyelesaian yang mampan.”  

Sahirah, Eksekutif Jualan dan Pemasaran berusia 29 tahun dari Kuala Lumpur, dan Ket,  Pengurus Kewangan berusia 31 tahun dari Damansara, berkongsi pendapat tentang isu  kemiskinan haid dan menyampaikan pesanan mereka kepada kaum wanita yang memerlukan.  

“Saya amat khuatir tentang isu kemiskinan haid yang sedang hangat diperkatakan di media  sosial, tetapi saya percaya masih ramai yang tidak sedar tentang situasi malang ini, iaitu anak anak gadis yang tidak mampu mendapatkan produk penjagaan wanita yang bersih dan selamat disebabkan kekangan kewangan,” ujar Sahirah. “Kepada semua gadis yang mengalami masalah  ini, ketahuilah bahawa anda boleh mendapatkan bantuan daripada insan lain. Di Malaysia, ada  banyak pihak yang sedia membantu, seperti NGO yang bertekad melaksanakan inisiatif seperti  ini; anda boleh menghubungi mereka menerusi media sosial. Anda perlu sedar bahawa anda  tidak keseorangan.”  

“Saya agak terkejut apabila mendapat tahu tentang kempen kemiskinan haid; bahawa ada  wanita yang kesempitan wang – sehingga mereka tidak mampu membeli tuala wanita. Malah ada  yang terpaksa menggunakan alternatif seperti kain untuk menyelesaikan masalah. Adalah  menjadi tanggungjawab kita untuk mencari penyelesaian bagi membantu mereka,” kata Ket.  “Rakyat Malaysia, termasuklah saya sendiri, sentiasa bersedia membantu. Justeru, mereka yang  memerlukan tidak harus segan untuk meminta bantuan,” tambah beliau.  

Duta Jenama Laurier Night Safe, Sweet Qismina berkata, “Sebagai wanita muda, saya sedih  melihat ada gadis di Malaysia yang tidak dapat menjalankan rutin harian dan menikmati kehidupan sepenuhnya semata-mata kerana tidak mampu membeli barangan keperluan  kebersihan wanita. Namun begitu, saya gembira kerana kita sebagai rakyat Malaysia boleh  memainkan peranan aktif membantu menangani masalah kemiskinan haid dengan cara yang kita boleh membawa perbezaan besar kepada kehidupan wanita muda di universiti-universiti di  seluruh Malaysia.”  

Untuk maklumat lanjut dan menyertai kempen “Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita” yang  diadakan dari 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022, ikuti @KaoLaurier di Facebook dan @lauriermy di Instagram. 

Mengenai Kao (Malaysia) Sdn Bhd 

Kao (Malaysia) Sdn Bhd ditubuhkan pada 1973 sebagai anak syarikat luar negara Kao  Corporation, pengeluar produk kelengkapan dandanan diri No.1 di Jepun, dengan sejarah yang  menjangkau lebih 130 tahun. Sejak beroperasi di Malaysia, jenama Kao telah berkembang maju  menjadi pemimpin dalam industri Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan, Fabrik Penjagaan  Rumah, Sanitari & Lampin Bayi di Malaysia; pelbagai produk dan jenama seperti Attack, Biore,  Laurier, Liese, Magiclean, Men’s Biore, Curél dan Merries. 

Kao Malaysia berpegang kepada misi globalnya, untuk membina kehidupan gaya Kirei; dengan  menyediakan keperluan bagi persekitaran lebih bersih, lebih indah, dan lebih sihat untuk semua  manusia dan bumi kita. Wawasannya adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang mendekati  pengguna, mencerahkan masa depan dan menjamin kelestarian dunia bagi membolehkan  semua hidup bersama. 

Siti Fatimah