Musim tengkujuh ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini telah memberi ‘isyarat’ untuk negeri-negeri yang berisiko banjir bersiap sedia bagi menghadapai sebarang kemungkinan.
Dalam pada masa ini, banyak kawasan di beberapa buah negeri dilanda banjir teruk sehinggakan ada yang kehilangan tempat tinggal, kereta dan kehilangan nyawa.
Namun apa yang mencuri pandangan orang ramai apabila gambar yang dikongsikan oleh Chan Wern Shen tentang ketinggian para air banjir yang melanda sebuah kampung di Pahang, Kampung Padang Piol.
Gambar yang dikongsinya adalah gambar sebelum dan selepas air surut. Ketinggian air ketika banjir mencecah 3.5 meter tinggi.
“Locals treat it like pekara biasa jer…”
Follow up.. video on the day we keluar Padang Piol by sampan pic.twitter.com/SJmq5KcIra
— Chan Wern Shen (@wernshen) January 9, 2022
Semasa menghubunginya memberitahu bahawa dia pergi bercuti di Taman Negara dan tidak menjangka perkara ini berlaku. Dia terpaksa menginap di Kampung Padang Piol untuk beberapa hari sebelum menaiki bot untuk keluar dari kawasan itu.
I went to Taman Negara for vacation, and couldn’t make it out before the flood hit. Had to uturn at the flood area and stay in Padang Piol for 3 days before we took a sampan out. The flood water only cleared on day 5/6. pic.twitter.com/8nQBDroXP9
— Chan Wern Shen (@wernshen) January 9, 2022
Menurut lelaki ini, paras air ketika itu sangat tinggi namun bagi penduduk kampung ianya hanya perkara biasa kerana setiap tahun mereka terpaksa hadapi kejadian yang sama.
“Dari apa yang bersembang dengan penduduk Felda, simpang itu memang banjir setiap tahun pada bulan 12 hingga 1… mereka kata ini cuma banjir kecil”
Tambahnya lagi, pemandu bot kecil yang membawa mereka keluar dari kawasan ini seperti sudah terbiasa dengan keadaan ini. Tugasnya hanya menghantar orang untuk lintas kawasan banjir ataupun membawa masuk orang ke kampung tersebut.
Masa saya di sana, ada nampak dia bawa bekal dari Bandar Jerantut dan bawa orang Keluar masuk.
There was rumah papan on the left completely submerged, and a road turn off which leads to another kampung here pic.twitter.com/W1MuMxoGc0
— Chan Wern Shen (@wernshen) January 9, 2022
Namun apa yang menyedihkan bagi penduduk di sini, semasa kejadian banjir berlaku mereka redha kerana ini adalah satu-satunya jalan untuk keluar dari kampung tersebut.
Selalunya banjir ini memakan masa empat ke 5 hari untuk surut. Bayangkan hampir seminggu mereka terpaksa bergantung dengan bekalan di dalam kampung tersebut sahaja jika ingin keluar ke Jerantut, mereka terpaksa meredah banjir yang paras airnya sangat berbahaya.
Semasa dihubungi, sempat lelaki ini memuji sifat penduduk kampung di situ yang sangat baik hati menolong mereka dan memberi tempat perlindungan kepada mereka semasa banjir.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terkesima dengan ketinggian paras air di kawasan tersebut dan tidak kurang yang berkongsi pengalaman sebagai penduduk di kawasan itu.
“Oh m God tingginya…”
“My kampung setiap kali banjit mesti terputus hubungan…”
“Scarynya… Ya Allah”
View this post on Instagram
Sumber: Wern Shen