Siakap Keli
Gambar: Bernama TV

Pengerusi LPPR Tan Sri Abu Zahar Ujang Sedia Disiasat Mana-Mana Organisasi Berhubung Kenyataannya Pada 5 Jan Lepas

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk disiasat oleh mana-mana pihak atau organisasi pada bila-bila masa berhubung kenyataan yang dibuat mengenai kes saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada 5 Januari lalu.

Menurutnya, tiada apa yang disembunyikan olehnya dan beliau sanggup bekerjsama bagi melancarkan siasatan.

“Saya bersedia untuk mana-mana pihak atau organisasi menyiasat saya pada bila-bila masa, saya sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menyiasat saya. Tiada apa yang perlu saya sembunyikan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM sebentar tadi.

Tambahnya lagi, beliau menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai pengerusi LPPR dan akan akur dengan sebarang keputusan sekiranya kenyataan yang dibuat olehnya telah menampilkan fahaman yang tidak dihasratkan sehingga ia menjatuhkan nama baik SPRM secara keseluruhan.

Beliau juga berkata siasatan berkaitan salah laku Tan Sri Azam Baki masih terbuka untuk diteruskan oleh mana-mana agensi yang mempunyai kuasa di atas pendapat dan seliaan daripada Pejabat Peguam Negara.

Sumber: Bernama TV

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.