Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

Buang Bayi Dalam Tong Sampah, Wanita Bakal Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun

NEW MEXICO – Seorang ibu berusia 18 tahun yang terakam dalam sebuah video ketika dia sedang membuang anaknya yang baru lahir ke dalam tong sampah memberitahu polis bahawa dia tidak tahu yang dia sedang hamil sehinggalah sehari sebelum dia melahirkan bayinya di dalam tandas.

Suspek telah ditangkap dan didakwa dengan cubaan membunuh serta penderaan kanak-kanak selepas bayi lelakinya itu ditemui mati pada malam Jumaat, hampir enam jam selepas dibuang ke dalam tong sampah.

Suspek kemudiannya dibebaskan dari penjara selepas menghantar bon tidak bercagar $10,000 kurang dua jam selepas penahanannya. Dia kemudian dihadapkan di Mahkamah Daerah Lea County.

Menurut pemangku Ketua Jabatan Polis Hobbs, August Fons berkata, beliau tidak pernah menyaksikan kes seperti ini.

“Jika anda bergelut dengan bayi baru, tindakan terbaik adalah mencari seseorang yang boleh membantu anda dengan perkara itu,” katanya.

“Lapor pada kami dan biar kami bantu anda tempuhi situasi itu,”.

Menerusi satu video pengawasan, dapat dilihat seorang wanita tiba dengan sebuah Volkswagen Jetta berwarna putih di lokasi kejadian sebelum membuka pintu belakang dan melemparkan beg sampah hitam ke dalam tong sampah, di sini, kira-kira jam 2 petang pada 7 Januari lalu.

Kredit: Daily Mail
Kredit: Daily Mail

Enam jam kemudian, rakaman video pengawasan menunjukkan tiga orang melihat melalui tong sampah sebelum salah seorang daripada mereka menemui bayi di dalamnya. Mereka mendapati bayi yang baru lahir itu masih hidup dengan tali pusat masih lagi terlekat di perutnya.

Fons berkata, tindakan pantas mereka itu adalah sangat penting kerana dapat menyelamatkan nyawa bayi itu.

Kredit: Daily Mail
Kredit: Daily Mail

Menurut laporan jenayah yang diperoleh KRQE pada Isnin, suspek telah mengaku membuang anaknya. Suspek memberitahu polis bahawa dia tidak tahu dia hamil sehingga dia pergi ke doktor untuk mendapatkan rawatan sakit perut pada Khamis.

Keesokan harinya, suspek melahirkan anaknya di tandas di rumah ibu bapanya. Menurut suspek, dia telah berpisah dengan bapa bayi itu sejak Ogos 2021.

New Mexico mempunyai undang-undang Safe Haven, di mana mereka membenarkan seseorang meninggalkan bayi yang berumur tidak melebihi 90 hari kepada kakitangan hospital tanpa rasa takut terhadap dakwaan jenayah.

Doktor mendapati suhu badan bayi itu sangat rendah. Bayi yang baru lahir itu diberi pemindahan darah dan memakai tiub penyusuan dan oksigen.

Bayi suspek telah dibawa ke hospital di Hobbs sebelum dipindahkan ke hospital lain di Lubbock, Texas, yang mempunyai unit NICU yang lebih canggih.

Pihak polis kemudiannya mengeluarkan waran pemeriksaan ke atas rumah keluarganya dan merampas bukti fizikal termasuk baju yang dipenuhi darah.

Menurut Peguam Daerah, Dianna Luce berkata, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun, bergantung kepada pertuduhan yang difailkan.

Sumber: Daily Mail

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "