Siakap Keli
Sumber: Twitter

(Video) Rumah Usahawan Diserbu, Pihak Berkuasa Temui Duit Dan Emas ‘Tersimpan’ Dalam Tangki Air

NEW DELHI – Jabatan Percukaian India yang melakukan serbuan di sebuah rumah milik usahawan minuman beralkohol di Damoh, India Jumaat lalu berjaya merampas wang tunai berjumlah RS 8 crore (RM4.6 juta) dan tiga kilogram (kg) emas.

Apa yang menariknya adalah wang tunai yang berjumlah kira-kira RS1 crore (RM567,469) itu disembunyikan di dalam beg yang disimpan di tangki air bawah tanah.

Menurut Munmun Sharma, Pesuruhjaya Jabatan Percukaian, Jabalpur, sebanyak tiga kilogram emas berjaya dirampas hasil daripada risikan IT yang dijalankan.

“Serbuan fizikal telah berakhir dan siasatan akan diteruskan berdasarkan dokumen yang dirampas daripada keluarga suspek yang akan dilakukan di Bhopal.”

“Jabatan kini akan menyiasat dokumen yang dirampas dan hartanah yang tidak dinamakan. Jadi, kita perlu menunggu angka terakhir”, tambahnya.

Serbuan tersebut dilakukan kira-kira jam 6 pagi dan mengambil masa selama 39 jam.

“Selain minuman alkohol, mereka juga menjalankan perniagaan lain. Antaranya adalah pinjaman wang, bidang pengangkutan, hotel, bar dan stesen minyak”, kata Pesuruhjaya Jabatan Percukaian, Munmum Sharma mengenai serbuan tersebut.

Menerusi video yang tular di media sosial, dapat dilihat sejumlah wang yang sedang berselerak dan terdapat seorang pegawai yang sedang mengeringkan wang tersebut dengan seterika dan pengering rambut.

Sumber: Bolnews, Twitter

" "