Siakap Keli
Gambar: Wan Mahassan

Guna 2 Bahan Ni Je, Lelaki Kongsi Cara Elak Kucing Buang Najis Celah Pasu Bunga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti ada antara anda yang pernah berhadapan dengan situasi di mana kucing liar sering membuang air besar di celah-celah pasu rumah anda.

Kalau kucing peliharaan kita sendiri buat hal pun kita rasa nak marah inikan kucing orang.

Buat hal sekali dua tahan lagi tapi kalau dah setiap hari kucing kerap berak celah-celah pasu, tak tahan juga kita nak cuci kan?

Tetapi jangan risau, kerana seorang warga Group Facebook Tukang Apa Hari Ini, Wan Mahassan ada berkongsi cara mudah untuk kita gunakan bagi mengelakkan kucing daripada berbuat sedemikian lagi.

Jom ikuti perkongsian ini.

Lelaki Kongsi Cara Elak Kucing Buang Najis Celah Pasu Bunga

Letih hari-hari terpaksa buang dan cuci tahi kucing.Sebesar-sebesar dunia, nak juga membuang celah pasu.

Cara-cara:

1. Sediakan polisterin dan buluh/kayu cungkil gigi.

2. Cucuk buluh/kayu cungkil gigi pada polistrin.

3. Letakkan di kawasan ‘jamban’ kucing.

Jadi kita ikhtiar cara kita.

AMARAN:1. Awasi kanak-kanak.2. Diletakkan pada waktu malam sahaja.

Kredit: Wan Mahassan
Kredit: Wan Mahassan
Kredit: Wan Mahassan
Kredit: Wan Mahassan
Kredit: Wan Mahassan

 Sumber: Wan Mahassan melalui FB Tukang Apa Hari Ini

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.