Siakap Keli
Credit: Oddity Central

“Order Tak Sampai Seminit Dah Boleh Makan”, Kalah Kedai Mamak, Restoran Ni Boleh Setelkan Order Sepantas 13 Saat

Karne Garibaldi, sebuah restoran popular di Guadalajara, Mexico mencatat rekod dunia paling pantas menyiapkan pesanan makanan pelanggan. Dengan hanya 13.5 saat sahaja pesanan yang dibuat siap terhidang di atas meja.

Menurut laporan Oddity Central, kebiasaannya restoran-restoran terkenal yang pernah merangkul anugerah tertentu (berdasarkan pencapaian semasa), jangkaan menunggu hidangan siap mungkin agak lama.

Ini kerana sesuatu hidangan ‘premium’ yang dipercayai sungguh enak dan sempurna itu perlu mengambil masa yang banyak untuk dimasak. Akan tetapi, di Karne Garibaldi, anda tidak perlu bersusah-payah menunggu untuk itu.

Difahamkan, restoran yang terkenal dengan hidangan carne en su jugo ini hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk menyiapkan pesanan yang dibuat pelanggan. Sekelip mata, makanan pun terhidang di depan mata sepantas 13 saat!

Gambar: Wichita by EB via Google

Jadi, bagaimana staff mereka mampu menyiapkan hidangan sepantas 13 saat?

Sebenarnya, hidangan tradisi Mexican ini memerlukan masa yang sangat lama untuk disediakan kerana cara penyediaannya adalah slow cooking. Oleh itu, penyediaan awal perlu dilakukan sebelum restoran mereka dibuka.

Menurut Pengurus Besar Karne Garibaldi, Daniel Flores, pekerjanya perlu memindahkan makanan ke pinggan dan terus menghantarnya ke meja dalam masa 15 saat. Ia sangat menuntut kepantasan dan pengurusan yang baik.

“Ianya hanya bermula dengan game diantara pelayan untuk melihat siapa yang paling pantas hantarkan makanan kepada pelanggan.

“Namun perlumbaan berjaya membuat kami memegang rekod tertinggi,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Bahagian Komunikasi Digital, Laura Mariaud pula berkata, semua barisan pekerja dari pelayan, kapten dan tukang masak adalah ibarat ‘jiwa’ kepada dapur restoran itu.

“Untuk memastikan perkhidmatan kami sentiasa pantas, pelayan bukanlah satu-satunya yang perlu diharapkan. Sudah pasti kami perlu latih semua staff supaya lebih efficient.

“Selain proses penghantaran, terdapat banyak proses lain yang membuatkan service kami pantas.

“Hal inilah yang membuatkan proses penghantaran hidangan dengan pantas kepada pelanggan-pelanggan kami,” tambah beliau.

Untuk rekod, beberapa restoran lain dikatakan pernah cuba untuk merampas pencapaian penyediaan hidangan terpantas tersebut tapi masih belum ada yang berjaya setakat ini.

Sumber: Oddity Central, Yahoo, Vice Magazine

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.