Siakap Keli
Gambar: TikTok Mohammad Suhailiazlan

(Video) Margin Asyik ‘Lari’, Pening “Print” Asyik Tak Sama Dengan “Setting”? Ikut Je Tips Mudah Ini

Korang pernah tak alami masalah di mana margin teks tidak sama dengan apa yang korang dah buat di dalam komputer?

Kadang-kadang kita dah tetapkan dengan baik margin yang kita inginkan sebelum cetak tetapi apabila sudah dicetak margin tersebut ‘lari’, tidak sama dengan apa yang telah kita tetapkan.

Mesti kebanyakkan orang masih tidak tahu bagaimana cara mahu memperbetulkan hal ini, bukan?

Oleh itu, menerusi sebuah perkongsian video di akaun TikTok Mohammad Suhailiazlan, dia telah merakamkan cara bagaimana mahu mendapatkan hasil yang kita mahukan.

“Mula-mula korang pergi dekat fail, kemudian tekan fail dan tekan option. Setelah itu, korang tekan advanced dan cari tetapan untuk cetakan.

Kemudian, korang untick ‘scale content for A4’ kemudian tekan OK dan anda akan mendapatkan hasil yang sama dengan apa yang telah anda buat di dalam komputer,” kata pemilik di dalam video tersebut.

Untuk rujukan yang lebih jelas, korang boleh rujuk video di bawah ini.

@ceoofcelikit

Margin asyik x sama dengan setting..paparan dengan hasil print x sama #fypシ #word2019 #1hari1tip

♬ original sound – Mohammad Suhailiazlan – Mohammad Suhailiazlan

Sumber: TikTok Mohammad Suhailiazlan

" "