Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Asteroid ‘Gergasi’ Berukuran 3,551 Kaki Lebar Dijangka Melepasi Bumi 18 Januari Ini

Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) sedang menjejaki asteroid yang dijangka akan bergerak melepasi Bumi, lebih besar daripada mana-mana bangunan di planet.

Asteroid dinamakan 7482 (1994 PC1) yang berukuran 3,551 kaki lebar itu, dijangka akan melepasi Bumi pada 18 Januari ini.

Pakar percaya bahawa asteroid itu akan berselisih dengan bumi dengan jarak sekitar 1.2 juta batu jauhnya.

“Near-Earth #asteroid 1994 PC1 (~1 km lebar) sangat terkenal dan telah dikaji selama beberapa dekad oleh pakar #PlanetaryDefense kami.

Yakinlah, 1994 PC1 akan melepasi planet kita dengan selamat iaitu sejauh 1.2 juta batu pada Selasa depan, 18 Jan.” kata NASA.

“Asteroid Berpotensi Berbahaya (PHA) kini ditakrifkan berdasarkan parameter yang mengukur potensi asteroid yang membuat pendekatan mengancam Bumi.” kata Pusat Kajian Objek Berdekatan Bumi (CNEOS) NASA di laman webnya.

Kredit: Mirror News

NASA kini sedang mengkaji kaedah pertahanan yang berkesan terhadap mana-mana asteroid yang berpotensi tersasar ke arah yang terlalu dekat dengan bumi dan telah melancarkan misi Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART), baru-baru ini.

“DART ialah misi pertama yang didedikasikan untuk mengkaji dan menunjukkan satu kaedah pesongan asteroid dengan mengubah gerakan asteroid di angkasa melalui kesan kinetik,” kata NASA.

Pada awal minggu ini, asteroid besar yang lebih lebar daripada Big Ben telah didapati melepasi Bumi.

Batu yang digelar sebagai Asteroid 2013 YD48 oleh NASA, berada dalam jarak 3.48 juta batu dari planet bumi ketika ia melonjak melalui angkasa.

Asteroid itu berukuran besar selebar 104 meter menjadikannya lebih lebar daripada mercu tanda terkenal Westminster iaitu Big Ben.

Sumber: Mirror UK

Akhmar Ikmal