Siakap Keli
Gambar: Indozone

Gadis Hampir Buta, Bebola Mata Terkena Puntung Rokok Dari ‘Abang Motosikal’

Kisah seorang gadis bernama Safinatun yang hampir menjadi buta gara-gara terkena puntung rokok dari seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal baru-baru ini menjadi tular di negara jiran Indonesia.

Memetik laporan Indozone, ketika kejadian mangsa bersama sepupunya sedang membeli makanan dengan menaiki motosikal.

Namun, secara tiba-tiba motosikal yang dinaiki mereka dipintas oleh seorang penunggang motosikal yang sedang merokok. Ketika itulah puntung rokok lelaki tersebut terkena mata Safinatun.

Dia yang merasa sakit pada mata, segera mendapatkan rawatan ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) sebelum bebola matanya disahkan mengalami kecderaan.

Safinatun yang kesal dengan kejadian tersebut memberi pesanan kepada pemandu lain supaya tidak merokok ketika memandu kerana boleh membahayakan orang lain.

“Kepada abang-abang yang buang puntung rokok depan motor saya tadi, puntung anda semua sememangnya terbaik. Bebola mata saya sampai melepuh jadinya,” tulis Safina di Instagram Storynya.

Gambar: Indozone
Kredit: Indozone

Bahaya abu rokok

Abu rokok boleh menyebabkan risiko iritasi selain boleh membuatkan mata menjadi pedih dan berair. Abu rokok yang termasuk ke dalam mata juga boleh menyebabkan kecederaan ringan pada bahagian mata sehingga menyebabkan luka melecur pada kornea atau bebola mata. Akibatnya, penglihatan boleh menjadi kabur sehingga buta.

Risiko buta ini terjadi apabila abu rokok terus terkena pada bola mata. Jika terkena abu rokok semasa berada di atas jalan raya, pastikan anda tidak menggosoknya dengan segera. Hal ini kerana menggosok mata yang terkena abu rokok boleh memburukkan lagi iritasi.

Anda hendaklah cuba berhenti dan membilas mata yang terkena abu itu dengan air masak yang bersih. Lakukan tindakan tersebut berulang kali sehingga pedih di mata berkurangan.

Sekiranya tidak pedih tidak hilang, anda disarankan untuk pergi ke pusat kesihatan atau hospital terdekat dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Indozone

Akhmar Ikmal