Siakap Keli

Miliki 1,788 Kamar Beradu, Ini Fakta Menarik Istana Nurul Iman, Istana Terbesar Di Dunia Milik Kerajaan Brunei

Seperti yang kita tahu, istana atau mahligai adalah merupakan tempat tinggal raja-raja dan kerabat-kerabat. Istana yang diambil dari bahasa Sanskrit iaitu sthāna, mempunyai pelbagai bentuk dan ‘style’ mengikut budaya dan adat tertentu.

Sebagai contoh, Istana Seri Menanti, Istana Negeri Sembilan, menggunakan reka bentuk Minangkabau sesuai dengan adat orang-orang Negeri Sembilan yang rata-ratanya dari suk minang.

Namun, kali ini, bukan itu yang hendak dibincangkan, tapi istana yang terbesar dunia yang akan kita kupas hari ini. Istana terbesar dunia terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Istana Nurul Iman merupakan istana milik kerajaan Brunei, yang sekarang ini Sultan Ke-29 Brunei, Raja Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddien III bersemayam. Istana yang berkeluasan 200,000 m² (2,152,782 ft²)  ini mempunyai 1,788 bilik.

Credit: Cush Travel Blog

Selain itu, istana ini juga mempunyai 257 bilik mandi dan dewan besar yang memuatkan seramai 5,000 orang dalam satu masa. Bukan itu sahaja, istana ini juga menpunyai masjid besar dan garaj yang mampu memuatkan 110 buah kereta, menakjubkan!

Bukan itu sahaja, dalam istana ini juga terdapat 200 pendingin hawa dalam kawasan kuda polo dan 5 kolam renang, betul-betul besar ni!

Direka khas oleh arkitek dari Filipina, Leandro V. Locsin bersama pereka hiasan dalaman dari United Kingdom, Khuan Chew, istana ini dibina oleh Ayala Corporation dan siap sepenuhnya pada tahun 1984.

Dengan menelan kos sebanyak 1.4 billion, memang layaklah istana ini digelar istana terbesar di dunia!

Credit: Global Geography
Credit: The Scoop

Sumber: Guinness World Records

" "