Siakap Keli
Gambar: JBPM via Astro Awani

Pemandu Maut Tersepit, Toyota Hilux Rempuh Belakang Treler

Seorang pemandu dilaporkan maut apabila kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Pantai Remis awal pagi tadi, lapor Astro Awani.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memetik Astro Awani berkata, pihaknya menerima laporan nahas tersebut yang berlaku di hadapan sebuah bank pada jam 1.51 pagi.

“Nahas melibatkan sebuah Toyota Hilux telah melanggar bahagian belakang sebuah treler yang berada di parkir tepi jalan,” katanya memetik Astro Awani.

Jelas jurucakap itu, mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan menggunakan peralatan khas sebelum operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Amir Hamid itu tamat pada jam 2.25 pagi.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Astro Awani

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "