Siakap Keli
Gambar via Bernama

Polis Panggil Dr Maszlee Selepas Jadi Saksi Serahan Memorandum Kepada SPRM

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dipanggil polis untuk disoal siasat hari ini berhubung isu penyerahan memorandum oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, lapor Sinar Harian.

Menurut Mazlee, kehadirannya sewaktu penyerahan memorandum oleh AMK kepada badan bebas itu adalah sebagai seorang penonton sahaja.

”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang begitu cekap menjalankan tugasnya untuk menyoal siasat saya walaupun kehadiran saya pada tempoh hari hanya sebagai penonton menyaksikan AMK menyerahkan memo kepada SPRM,” kata beliau.

Pada Isnin, satu momerandum yang mendesak supaya siasatan lebih teliti dilakukan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah diserahkan kepada pegawai SPRM secara konvoi oleh AMK.

Konvoi protes yang dilakukan secara aman itu bergerak dari Dataran Putra ke Ibu Pejabat SPRM dengan disertai kira-kira 50 buah kenderaan.

Turut serta ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Naib Ketua AMK, Thiban Subramaniam dan Setiausaha Agung AMK, Syukri Razab.

Sumber: Sinar Harian

Eyla Azri