Siakap Keli
Kredit : Daily Star/ Daily Advent Nigeria

Selepas Dakwa Bumi Leper, Kumpulan “Flat Earth” Percaya Bumi Ini Macam Donut, Ada Lubang Di Tengah

Dahulu, kita pernah dimomokkan dengan pernyataan di mana Bumi itu berbentuk ‘flat‘ atau rata.

Walaupun penyataan begitu cukup aneh memandang terdapat banyak bukti serta teknologi masa kini yang membuktikan Bumi ini bukan berbentuk rata, sebilangan daripada pengikut ‘Bumi Datar’ baru-baru ini terus membuat dakwaan yang lebih aneh apabila mempercayai bahawa planet ini sebenarnya berbentuk seperti cincin atau torus, ataupun seperti donut yang mempunyai lubang di tengah, lapor Daily Star.

Teori ini pada asalnya hanyalah sebagai jenaka yang dicipta Dr Rosenpenis pada tahun 2008.

Namun, seiring masa teori ini telah berkembang dan memperoleh pengikutnya.

“Perisian akademik astrofizik profesional untuk mereka cipta model seperti donut, ruang angkasa yang paling ‘sedap’ dan planet Bumi seperti bersalut gula”, tulis Dr Rosenpenis.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang menganggap gurauan itu serius dan mendakwa manusia tidak dapat mengesan lubang tersebut akibat arah cahaya yang membengkok.

Seorang lagi Flat Earther, Varaug berkata dia menyokong teori itu dengan memberi alasan bahawa arah cahaya mengikut lengkungan tersebut dan kurang jelas.

Flat Earther juga membuat spekulasi bahawa bentuk torus tercipta apabila berlakunya tarikan graviti batu, habuk dan cebisan bahan angkasa ke orbit tanpa titik fokus pusat.

Walau bagaimanapun, para saintis membangkang pernyataan itu dengan mendakwa bahawa matahari tidak boleh terbit atau terbenam jika mempunyai lubang di tengah.

Berdasarkan laporan VICE, Profesor Oxford Dr. Anders Sandberg menegaskan bahawa awan boleh menjadi tiga kali lebih tinggi dan orang yang tinggal berhampiran dengan lubang dapat melihat ‘musim berganda’, misalnya musim panas dan musim sejuk bertukar-tukar sekiranya Bumi ini benar-benar berbentuk donut.

Sumber : Daily Star

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.