Siakap Keli
Kredit : Arab News

Bawa Artis Antarabangsa, Bandar Di Arab Saudi Ini Bakal Anjur Konsert Tanpa Henti 2 Hari Berturut-turut

Sebuah konsert bakal diadakan di Bandar Diriyah, Riyadh di Arab Saudi tanpa henti selama dua malam di Diriyah E-Prix 2022, lapor Arab News.

Menurut laporan, anjuran konsert tersebut bakal menampilkan barisan artis antarabangsa dan  berlangsung pada 28 hingga 29 Januari depan.

Diriyah kini sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah dalam pembukaan Kejuaraan Dunia Formula E ABB FIA Musim ke-8.

Senarai penuh artis antarabangsa akan diumumkan kemudian, termasuk undangan daripada kumpulan muzik terkenal dari Amerika Syarikat, Black Eyed peas, Pemenang Anugerah Grammy, Maluma dan David Guetta.

Harga tiket akan dijual bermula 150 riyal (RM 167) dan orang ramai boleh menempah tiket di laman web.

Sumber : Arab News

Fathin Nadzira