Siakap Keli
Gambar: abcnews

COVID-19: Kemboja Lancar Kempen Pemberian Vaksin Dos Penggalak Keempat

Kemboja telah melancarkan pemberian vaksin dos penggalak keempat kepada kumpulan sasaran dalam usaha menangani virus koronavirus berikutan varian Omicron yang telah menular dalam komuniti.

Pihak barisan hadapan seperti pegawai kesihatan dan pegawai tentera adalah antara yang beratur di hospital dan klinik bagi mendapatkan dos penggalak keempat tersebut. Menteri-menteri kerajaan termasuklah Perdana Menteri Hun Sen turut menerima dos penggalak tersebut pada hari Jumaat.

Perdana Menteri Hun Sen turut menyeru semua rakyat Kemboja untuk mendapatkan vaksin penuh termasuk dos penggalak di dalam media sosial Facebook miliknya.

“Ianya adalah satu-satunya cara untuk memastikan keselamatan keluarga dan komuniti kita daripada COVID-19,” tulisnya.

Sementara itu sebuah kempen menggalakkan rakyat untuk mendapatkan doa penggalak masih lagi berjalan.

Hampir 90% daripada 16 juta rakyat Kemboja yang sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan lebih 85% telah mendapatkan dos kedua manakala bagi dos ketiga melebihi 27%, lapor kerajaan.

Berkat bantuan yang dihulurkan oleh negara China, Kemboja mempunyai cukup bekalan vaksin untuk diberikan kepada negara Asia lain yang memerlukan vaksin.

Namun begitu, vaksin Sinovac dan Sinopharm Cina didapati kurang memberikan kesan berbanding yang lain bagi melawan varian Omicron ini.

Sejak wabak melanda, Kemboja merekodkan sebanyak 120, 728 kes, dengan 3,015 kematian manakala sebanyak 117, 072 pesakit telah pulih, kata kemeterian.

Kemboja telah membuka semula aktiviti sosio-ekonomi di semua kawasan sejak November, berikutan kadar vaksinasi yang tinggi.

Sumber: abcnews

Zahirah